Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KCF edisi keempat kembali memeriahkan Kapit bermula 17 hingga 24 Mei ini
  • Tengah
  • WILAYAH

KCF edisi keempat kembali memeriahkan Kapit bermula 17 hingga 24 Mei ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
 SIDANG MEDIA…Thomas (duduk, empat kanan) pada sidang media Festival Kebudayaan Kapit edisi keempat, semalam.

KAPIT: Festival Kebudayaan Kapit (KCF) edisi keempat bakal kembali memeriahkan daerah ini bermula 17 hingga 24 Mei menerusi pelbagai acara kebudayaan yang mengetengahkan keunikan tradisi serta warisan masyarakat pelbagai etnik di kawasan berkenaan.

Festival tahunan itu terus menjadi platform penting dalam mempromosikan adat dan budaya masyarakat tempatan melalui persembahan tradisional serta pertandingan kebudayaan sejak mula diperkenalkan pada 2023.

Pengerusi pengelola KCF, Thomas Geoffrey Kandawang berkata, pihak penganjur menjangkakan sambutan lebih menggalakkan tahun ini dengan kehadiran dianggarkan mencecah 10,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran festival.

“Festival berkenaan dijangka menarik kehadiran masyarakat dari dalam dan luar Kapit sekaligus memeriahkan lagi suasana penganjuran tahun ini,” ujarnya pada sidang media semalam.

Thomas yang juga Pegawai Daerah Kapit berkata, acara kemuncak festival iaitu Niti Daun yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mei telah menerima sebanyak 25 penyertaan daripada pelbagai kontinjen mewakili latar belakang etnik berbeza.

“Acara tersebut turut melibatkan penyertaan daripada agensi kerajaan serta persatuan komuniti minoriti di Kapit,” katanya.

Selain mengetengahkan aspek kebudayaan, festival tersebut turut membuka peluang kepada penduduk setempat menjana pendapatan menerusi penyertaan gerai jualan makanan dan produk kraftangan tradisional.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik antaranya Pertandingan Beramban, Berpantun, Poco-Poco, Ngajat Individu, Ngepan Kanak-Kanak, Battle of the Band serta Pertandingan Kumang selain persembahan artis jemputan.

Majlis perasmian KCF pada 17 Mei nanti dijangka disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta turut dihadiri pemimpin dan ketua kaum dan ketua masyarakat tempatan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival tersebut boleh menghubungi urus setia di talian 084-796322 atau melayari laman Facebook rasmi Festival Kebudayaan Kapit.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Operasi penyelamatan ruang terkurung perlukan kemahiran tinggi
Next: Kerja naik taraf Taman Rekreasi Bintangor berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.