Kaunter Unit Hasil, Rekod Perubatan Hospital Bintulu berpindah lokasi baharu

Facebook
WhatsApp
KAUNTER Hasil & Rekod Perubatan Hospital Bintulu kini di lokasi baharu, lebih selesa dan mudah diakses pengunjung.

BINTULU: Kaunter Unit Hasil dan Kaunter Rekod Perubatan di Hospital Bintulu kini beroperasi di lokasi baharu bersebelahan Kaunter Hasil lama di ruang legar sebelah lobi utama hospital berkenaan.

Menurut kenyataan Hospital Bintulu, perpindahan itu dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pelanggan selain memudahkan urusan waris pesakit yang hadir mendapatkan perkhidmatan di hospital tersebut.

“Semua urusan berkaitan Kaunter Hasil dan Kaunter Rekod Perubatan kini boleh dilakukan di lokasi baharu berkenaan,” katanya.

Orang ramai turut diminta mengambil maklum mengenai perubahan lokasi tersebut bagi memastikan urusan berjalan lancar.

Buaya 4.75 meter ditangkap di Marudi

MIRI: Seekor buaya besar berukuran  lebih empat meter  berjaya ditangkap Team Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam

Buaya 4.75 meter ditangkap di Marudi

MIRI: Seekor buaya besar berukuran  lebih empat meter  berjaya ditangkap Team Eric Cat dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam