Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kaunter tenaga terus susut
  • BISNES

Kaunter tenaga terus susut

Utusan Sarawak 5 years ago
TERJEJAS…Penularan Covid-19 menjejaskan penggunaan minyak global.

KUALA LUMPUR: Penularan Covid-19 terus menjejaskan penggunaan minyak global ketika beberapa negara utama terus berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan tempat simpanan lebihan bahan api itu manakala pertikaian Arab Saudi dan Rusia pula menyebabkan kemerosotan harga minyak.

Dari segi prestasi sektor, kaunter tenaga juga terus lemah apabila 18 kaunter susut pada awal dagangan selepas harga minyak mentah Brent turun ke paras di bawah AS$20 setong – kali kedua dalam tempoh seminggu.

Pada 9.40 pagi, sebanyak 152,019.600 saham bernilai RM24.13 juta didagangkan.

Indeks tersebut telah mengalami penurunan hampir 10 peratus kepada 655.50 mata semalam apabila harga minyak menjunam ke paras rendah sejak seminggu lepas.

Harga minyak mentah Brent mencecah AS$19.73 setong manakala minyak mentah WTI pada AS$11.95 setong.

Laporan menyatakan, peningkatan import minyak Rusia oleh China meningkat lebih daripada 31 peratus pada bulan lepas manakala pembelian minyak mentahnya dari Arab Saudi susut 1.8 peratus berbanding Mac 2019 ketika pertikaian antara dua negara pengeluar minyak tersebut terus meruncing.

Sementara itu Korea Selatan yang mempunyai kapasiti tempat simpanan komersial keempat terbesar di Asia, berdepan kekurangan ruang simpanan apabila permintaan terhadap bahan api itu terus merosot akibat Covid-19.

Kalangan penganalisis percaya kelemahan pasaran minyak itu masih jauh untuk diselesaikan manakala harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global dijangka mencecah AS$10 setong.

Malah, mereka berpendapat sukar bagi pasaran minyak untuk meningkat semula dalam masa terdekat ini berikutan penularan Covid-19 yang berlanjutan di serata dunia dan menyebabkan aktiviti perjalanan terhenti berserta penggunaannya yang terus merosot. – Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia benarkan satu bagasi kabin
Next: OCBC jangka harga minyak mentah terus lemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.