Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM1.2 juta guna khidmat kurier
  • JENAYAH

Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM1.2 juta guna khidmat kurier

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TUMPAS… Dua cubaan menyeludup dadah ke Miri menerusi kurier udara berjaya dipatahkan JKDM Sarawak dalam serbuan bulan lalu.

MIRI: Dua cubaan menyeludup dadah ke Miri menerusi perkhidmatan kurier udara berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dalam serbuan di sebuah syarikat kurier, bulan lalu.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya, berkata pihaknya merampas dua kotak bungkusan mengandungi dadah jenis ekstasi dan ketamin seberat lebih lapan kilogram (kg), dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.23 juta.

Katanya, serbuan dilakukan sekitar 2.00 petang pada 14 Mac lalu oleh sepasukan pegawai dari Cawangan Narkotik JKDM Sarawak di sebuah syarikat kurier terletak di kawasan Eastwood Valley Industrial Park, Jalan Miri-Bypass.

“Dalam serbuan itu, kita telah merampas satu kotak kiriman kurier mengandungi ekstasi seberat 3,613 gram bernilai RM603,371 dan ketamin seberat 1,012 gram bernilai RM50,600,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, satu lagi kotak bungkusan turut dirampas di lokasi sama, mengandungi ekstasi seberat 3,459 gram dengan nilai pasaran RM577,653.

“Ekstasi dan ketamin merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Mengulas lanjut, Norizan, berkata sindiket dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dengan menghantar bungkusan ke alamat yang tidak berpenghuni.

“Dadah-dadah tersebut dibungkus bersama produk makanan untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Sehubungan itu, JKDM menyeru orang awam agar bekerjasama membanteras jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat ke Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau ke pejabat Kastam berhampiran. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bot tunda, tongkang ditahan APMM akibat gagal kemuka dokumen sah
Next: Enam kru ditahan, kapal tunda gagal serah dokumen sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.