Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih setengah juta
  • NASIONAL

Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih setengah juta

Utusan Sarawak 11 months ago
PIHAK Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu menyita 850,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM110,500 melibatkan jumlah cukai sebanyak RM572,050.

KUALA BESUT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu  menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai RM682,550 menerusi serbuan di sini, Isnin lepas.

Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata serbuan dibuat oleh pasukan penguat kuasa melalui pemeriksaan ke atas sebuah lori pada 7.00 pagi.

“Bertindak atas maklumat risikan pasukan Zon Risik Timur dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra), pasukan kami melakukan serbuan di lokasi bersebelahan Bangunan Pusat Khidmat Dun Kuala Besut dan berjaya mengesan sebuah lori tanpa pemandu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lori itu membawa muatan kotak-kotak berisi rokok disyaki barang larangan import yang ditinggalkan di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya menyita 850,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM110,500 melibatkan jumlah cukai sebanyak RM572,050.

Tambahnya modus operandi sindiket terbabit menggunakan lori jenis ‘bonded’ atau tertutup bagi pengedaran rokok seludup ke pasaran luar Terengganu.

“Lori itu disita dan dibawa ke Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Stesen Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, Mohd Nadzri berkata JKDM menyeru orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol JKDM 1-800-88-8855.   – Bernama

Continue Reading

Previous: Penyasaran subsidi diesel: 10 syarikat umum naikkan harga dipanggil beri penjelasan – Armizan
Next: Anugerah Podcast Terbaik diperkenalkan pada ASA 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.