Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival Kejiranan Mesra DBKU platform perpaduan penduduk
  • TEMPATAN

Karnival Kejiranan Mesra DBKU platform perpaduan penduduk

Utusan Sarawak 7 months ago
TAHNIAH… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan hadiah kepada para pemenang semasa majlis penutupan Karnival Kejiranan Mesra DBKU di Padang Merdeka, hari ini.

KUCHING: Karnival Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan platform untuk memperkukuh silaturahim dan perpaduan di kalangan penduduk di kawasan pentadbiran DBKU.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, karnival bertujuan mengukuhkan hubungan kejiranan dan membina rasa tanggungjawab bersama di kalangan penduduk.

Selain itu, untuk memperkenalkan pelbagai program komuniti yang akan terus mengeratkan hubungan antara DBKU dan masyarakat setempat. 

“Inisiatif seperti ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan sosial dan perpaduan dalam komuniti kita supaya sentiasa terpelihara.

“Selain itu, program seperti ini juga memberi peluang kepada kita untuk berinteraksi, berkongsi idea serta meningkatkan kerjasama antara penduduk dengan DBKU dalam pelbagai aspek seperti keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis penutupan Karnival Kejiranan Mesra DBKU di Padang Merdeka di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab DBKU berkata inisiatif pelaksanaan program itu juga adalah selaras dengan usaha DBKU untuk memastikan Kuching terus kekal sebagai bandar raya yang bersih, cantik, selamat, pintar dan lestari.

“Besarlah harapan saya, semangat kejiranan yang telah dibina di sini akan terus dipupuk dan diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan terutamanya dalam konteks program-program komuniti seperti Karnival KJM ini sekali gus dapat mewujudkan suasana komuniti yang lebih mesra, bersatu dan harmoni,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang karnival termasuklah acara sukan seperti kejohanan badminton, futsal, sepak takraw, silat, pertandingan sukan rakyat, pertandingan catur, sukaneka dan banyak lagi.

Turut hadir, Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman.

Oleh Rynna Sha’erra 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan komited setiap pembangunan utamakan kelestarian jangka panjang
Next: 300 pelajar lima sekolah menengah terlibat dalam bengkel kecemerlangan SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.