Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kapit dilanda banjir lagi
  • TEMPATAN

Kapit dilanda banjir lagi

Utusan Sarawak 5 years ago
DIPINDAHKAN…Sekumpulan pelajar di salah sebuah di Bahagian Kapit menaiki perahu selepas jalan dinaiki air.

KAPIT: Hanya dalam tempoh kurang seminggu, banjir kembali melanda beberapa kawasan rendah dan tebingan sungai di bahagian Kapit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, keadaan banjir itu berlaku disebabkan hujan lebat yang berlaku di kawasan Hulu Baleh.

“Banjir menyebabkan beberapa kawasan rendah dan tebingan sungai di Kapit terjejas,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita semalam.
Menurutnya, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bawai, Kapit.

“Setakat ini, seramai tiga mangsa dipindahkan manakala, Rumah Philimon di Nanga Bawai telah dinaiki air sedalam sekaki,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan semua penduduk yang terjejas di sepanjang Sungai Rajang dan Baleh supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Sebarang kemungkinan dan bersedia untuk dipindahkan jika keadaan banjir semakin serius,” ujarnya.

Janggan turut meminta penduduk supaya menghubungi pihak bomba sekiranya kawasan rumah panjang atau kampung mereka dinaiki air.

“Buat masa ini, semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh kawasan Zon 4 Sibu sedang giat menjalankan pemantauan banjir dari semasa ke semasa,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pameran STEM Playground secara maya
Next: Semarakkan semangat Malaysia Prihatin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.