ROM: Lima mayat yang ditemukan di dalam bahagian kapal layar Beyers dikenal pasti, dengan seorang lagi mangsa masih hilang, menurut media Itali.
Identiti mayat kelima yang dijumpai kelmarin disahkan sebagai Mike Lynch, pengasas teknologi dari Britain.
Empat lagi mangsa disahkan sebagai Pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer, isterinya Judy Bloomer, peguam Chris Morvillo dan isterinya Neda Morvillo.
Seorang lagi masih hilang adalah Hannah, anak perempuan Mike Lynch yang berusia 18 tahun.
Operasi mencari diteruskan sepanjang hari dan akan disambung semula pagi ini, lapor Xinhua.
Kapal layar sepanjang 56 meter itu berlabuh berhampiran pantai Porticello di pulau Sicily, selatan Itali apabila ia dilanda ribut kuat.
Seramai 15 daripada 22 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan, dengan lapan daripada mereka dikejarkan ke hospital tempatan.
Usaha menyelamat terhalang akibat cuaca buruk dan kedudukan kapal layar yang karam.
Meskipun dengan bantuan robot pencarian bawah laut kawalan jauh, penyelam menghadapi kesukaran untuk mengakses bahagian dalam kapal sehingga kelmarin. – Bernama – Xinhua