Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal kontena karam di perairan Batam, kesemua kru diselamatkan
  • GLOBAL

Kapal kontena karam di perairan Batam, kesemua kru diselamatkan

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

SINGAPURA: Sebuah kapal kontena yang berdaftar di Tanzania, Golden Star 1, karam kira-kira enam kilometer dari Pulau Batam, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPA memaklumkan bahawa kapal berkenaan dilaporkan mula dinaiki air sebelum karam semalam, manakala sembilan ahli kru berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa itu telah mengeluarkan siaran navigasi bagi menasihati kapal lain agar berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan, serta melaporkan jika ternampak mana-mana kontena yang dihanyutkan.

“Trafik kapal di Selat Melaka dan Singapura tidak terjejas. Setakat ini tiada laporan mengenai pencemaran minyak di perairan Singapura.

MPA memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa Indonesia dan sedang memantau situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud gegarkan beberapa bahagian Bicol, Filipina
Next: Dua lelaki masih hilang, pencarian di gua Laos dihentikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.