Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kapal kargo asing ditahan gagal patuhi peraturan
  • JENAYAH

Kapal kargo asing ditahan gagal patuhi peraturan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN..Sebuah kapal kargo asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mematuhi peraturan perkapalan dalam operasi di perairan Miri, semalam.

MIRI: Sebuah kapal kargo asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mematuhi peraturan perkapalan dalam operasi di perairan Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal berkenaan ditahan bot peronda Maritim Malaysia sekitar 11.32 pagi pada kedudukan lebih kurang 3.8 batu nautika barat laut Kuala Baram.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kapal itu melakukan beberapa kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Antara kesalahan dikesan ialah gagal mengemukakan dokumen pendaftaran kapal, lesen perkapalan dalam negeri yang sudah tamat tempoh serta peralatan keselamatan iaitu rakit keselamatan yang melepasi tempoh ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kapal berkenaan dikendalikan sembilan kru terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga China.

DITAHAN..Kru kapal ditahan untuk siasatan lanjut. 

Katanya, susulan itu vesel bersama semua kru ditahan dan diiringi ke kawasan bersauh perairan Miri sekitar 2.00 petang untuk siasatan lanjut.

Operasi penahanan itu dilaksanakan menerusi Op Permai 01/19, OP Tiris 3.0 dan Op Pelantar Merah 3/2023.

Mohd Khairol Anuar berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat serta bebas daripada sebarang pelanggaran undang-undang.

“Setiap vesel yang beroperasi di perairan Malaysia wajib mematuhi peraturan ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja membahayakan keselamatan pelayaran, malah boleh mengancam keselamatan perairan negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Ibu angkat ditahan, kanak-kanak perempuan 11 tahun jadi mangsa penderaan di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.