Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal dijangkiti hantavirus dijangka tiba di Kepulauan Canary esok
  • GLOBAL

Kapal dijangkiti hantavirus dijangka tiba di Kepulauan Canary esok

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA Spanish Civil Guard menunggu ketibaan kapal persiaran MV Hondius di pelabuhan Granadilla de Abona di pulau Tenerife, Spain. Foto AFP.

MADRID: Menteri Kesihatan Sepanyol Monica Garcia pada Sabtu berkata kapal persiaran MV Hondius dijangka tiba di Pelabuhan Granadilla di pulau Tenerife, Sepanyol antara 4.00 pagi hingga 6.00 pagi waktu tempatan (0300-0500 GMT) esok, ketika pihak berkuasa terus memantau penularan hantavirus yang dikaitkan dengan kapal itu.

Bercakap kepada media, Garcia berkata langkah pertama sebaik kapal itu tiba adalah memeriksa sama ada terdapat penumpang yang menunjukkan simptom virus berkenaan. Penumpang juga akan turun dari kapal dengan memakai pelitup muka, lapor Xinhua.

Garcia menegaskan bahawa setakat ini tiada kontak baharu di Sepanyol yang dikaitkan dengan kes hantavirus yang disahkan dan mengulangi bahawa “risiko kepada penduduk kekal rendah”.

Menteri itu dijadual berlepas ke Tenerife lewat hari ini bersama Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Sementara itu, seorang individu yang dikenal pasti di Catalonia sebagai mempunyai kontak dengan wanita Belanda yang meninggal dunia akibat hantavirus selepas menaiki MV Hondius, menjalani kuarantin di Hospital Clinic Barcelona hari ini.

Menurut Pengarah Perubatan hospital itu, Toni Castells, virus berkenaan mempunyai tempoh inkubasi antara tiga hingga enam minggu, bermakna kuarantin itu boleh berlangsung sehingga enam minggu.

Castells berkata individu itu tidak dianggap sebagai pesakit, sebaliknya kontak tanpa gejala. Oleh itu, pengesanan kontak hanya akan diaktifkan jika individu berkenaan disahkan positif hantavirus.

Pihak berkuasa Sepanyol turut mengenal pasti dua lagi kontak yang menaiki penerbangan sama dengan penumpang Belanda yang meninggal dunia itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indonesia lancar kabel dasar laut rentas sempadan Asia-Pasifik pertama ke Papua New Guinea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.