Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kantoi! sorok dadah dalam bungkusan teh Cina
  • TEMPATAN

Kantoi! sorok dadah dalam bungkusan teh Cina

Utusan Sarawak 5 years ago
TUMPAS… Superintenden Collin Babat (dua, kiri) menunjukkan bungkusan yang mengandungi dadah disyaki jenis Methamphetamine pada sidang media di IPD Sibu.

SIBU:Sembunyi dadah disyaki jenis Methamphetamine dalam bungkusan teh Cina taktik yang dilakukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, berjaya dipatahkan oleh polis selepas membuat tangkapan ke atas tiga lelaki di sekitar bandar ini malam Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, sekitar 8.00 malam sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Sibu diketuai oleh DSP Steeve Langie menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di hadapan salah sebuah pusat perkhidmatan penghantaran barang, Jalan Tun Abang Haji Openg.

Menurutnya, hasil pemeriksaan bungkusan yang dibawa oleh suspek, pihak polis menjumpai satu bungkusan plastik.

“Pemeriksaan lanjut didapati di dalamnya mengandungi satu plastik lut sinar, mengandungi pepejal kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 1019.10 gram,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, semalam.

Superintenden Collin berkata, hasil soal siasat pihak polis terus membuat serbuan di salah sebuah hotel yang terletak Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce dan menahan dua lelaki.

“Polis turut menyita sebuah kenderaan Honda HRV serta sebuah Honda Accord bersama kunci dan alat kawalan jauh, jam tangan, cincin, rantai leher dan wang tunai pelbagai note berjumlah RM35,191 dan satu alat permainan Nintend Switch beserta alat kawalan jauh.

“Dengan jumlah keseluruhan sitaan adalah sebanyak RM226,791 ,” ujarnya.

Tegasnya, ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 25 tahun direman di mahkamah Majistret Sibu dan permohonan reman diluluskan selama enam hari sehingga 24 Jun ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hukuman gantung mandatori sampai mati,” ujarnya lagi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau
Next: Elak gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.