Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kanowit lokasi pertama Kenduri Rakyat MADANI sempena Pra-Gawai
  • TEMPATAN

Kanowit lokasi pertama Kenduri Rakyat MADANI sempena Pra-Gawai

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Aaron Ago Dagang (tiga dari kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Kenduri Rakyat MADANI di Dewan Pejabat Daerah Kanowit hari ini.

KANOWIT: Kanowit menjadi lokasi pertama penganjuran Kenduri Rakyat MADANI tahun ini sempena sambutan Pra-Gawai dalam usaha memperkukuh perpaduan dan mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, program tersebut dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara sebagai platform meraikan kepelbagaian budaya serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Hari ini kita berada di Pejabat Daerah Kanowit untuk bersama rakyat yang meraikan Hari Gawai.

“Di kementerian, kita telah ditugaskan untuk mengadakan Pra-Gawai Kenduri Rakyat MADANI dan ini adalah usaha kerajaan untuk mendekati pemimpin bersama rakyat di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Pejabat Daerah Kanowit, hari ini.

DATO Sri Aaron Ago Dagang (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan dapur makanan kepada salah seorang penerima.

Menurut beliau, kementeriannya ditugaskan untuk menganjurkan tiga siri Kenduri Rakyat MADANI sepanjang tahun ini dengan program seterusnya dijadual berlangsung di Serian sempena Hari Malaysia dan di Sungai Buloh, Selangor bersempena sambutan Deepavali.

Katanya, pendekatan sedemikian penting bagi memastikan hubungan antara kerajaan dan rakyat terus diperkukuh melalui program berteraskan komuniti dan perpaduan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program berkenaan termasuk Townhall Keselamatan Komuniti bersama PEMADAM, reruai pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), slot interaktif kenegaraan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta pendedahan mengenai fungsi dan kemudahan Pusat NADI.

Selain itu, Bakul Rahmah MADANI turut diserahkan kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar Kanowit bagi membantu persediaan mereka menyambut Hari Gawai.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Ops Aidiladha, Gawai Dayak dipergiat hingga 6 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.