Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kanak-kanak tiga tahun dijangkiti selesema burung H5N1
  • GLOBAL

Kanak-kanak tiga tahun dijangkiti selesema burung H5N1

Utusan Sarawak 2 months ago
SIASATAN mendapati keluarga pesakit menternak ayam dan kira-kira lima ekor ayam telah mati, manakala beberapa ekor lagi sakit. Ahli keluarganya memasak ayam yang telah mati itu untuk dimakan, menurut Kementerian Kesihatan. Foto AFP

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan dari wilayah Kratie, timur laut Kemboja, disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tiga setakat tahun ini, lapor Xinhuan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Kesihatan memaklumkan kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dengan gejala demam, batuk dan sesak nafas. Beliau kini menerima rawatan perubatan dengan penjagaan terbaik daripada sepasukan doktor.

“Siasatan mendapati keluarga pesakit menternak ayam dan kira-kira lima ekor ayam telah mati, manakala beberapa ekor lagi sakit. Ahli keluarganya memasak ayam yang telah mati itu untuk dimakan,” menurut Kementerian Kesihatan.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan serta memeriksa sebarang kes yang disyaki atau individu yang mempunyai kontak dengan pesakit bagi mengelakkan wabak merebak dalam masyarakat, tambahnya.

Daripada tiga kes H5N1 dalam kalangan manusia setakat tahun ini, dua kes berakhir dengan kematian. Semua pesakit dilaporkan mempunyai sejarah terdedah kepada unggas yang sakit atau mati sebelum jatuh sakit.

Dari 2003 hingga kini, terdapat 75 kes jangkitan manusia dengan selesema H5N1, termasuk 45 kematian, menurut kementerian itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 50,021 rakyat Palestin kini terkorban sejak 2023
Next: Woods bercinta dengan bekas menantu Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.