Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kanak-kanak terperangkap dalam kereta selamat
  • NASIONAL

Kanak-kanak terperangkap dalam kereta selamat

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA bomba menyelamatkan kanak-kanak perempuan, Latifah Umairah Azizi, 10, yang terperangkap dalam kereta di Taman Indah Muar di sini malam Khamis lepas. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan BBP Muar berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta dalam dua kejadian berasingan di Taman Permas  di sini dan Taman Indah dekat Muar  malam Khamis lepas.

Komander Operasi BBP Johor Jaya PBK II Mohamad Kamal Shahri berkata, dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Permas 10, Taman Permas  di sini, pihaknya membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki, Akil Nor Iman Anuar, setahun lima bulan, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam.

“Satu jentera bersama lapan anggota bergegas ke hotel itu dan mendapati mangsa terperangkap dalam kereta jenis Naza Citra. Difahamkan ibu bapa mangsa telah keluar dari kenderaan itu bagi tujuan pendaftaran hotel dan meninggalkan tiga anak berumur setahun hingga sembilan tahun di dalam kereta.

“Selepas itu, dua adik-beradik mangsa telah bertindak keluar dari kereta dan meninggalkan mangsa berseorangan di dalam kenderaan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, apabila ibu bapa mangsa menyedari bahawa anak bongsu mereka telah ditinggalkan bersendirian, mereka bergegas kembali ke kereta itu namun mendapati ia sudah terkunci.

Mohamad Kamal berkata, Akil Nor Iman dipercayai terperangkap kira-kira 10 minit di dalam kereta tersebut dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh lebih kurang lima minit dengan menggunakan peralatan khas sebelum menamatkan operasi pada jam 9.21 malam.

Sementara itu, Komander Operasi BBP Muar PBK II Zuraimi Harun berkata, pihaknya berjaya membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam kereta Proton Persona di deretan kedai di Taman Indah, dekat Muar  selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam.

Zuraimi berkata, operasi menyelamatkan Latifah Umairah Azizi, 10, membabitkan 13 anggota.

“Dalam kejadian tersebut, ibu dan bapa mangsa telah keluar untuk membeli barangan keperluan di kedai berdekatan dan bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta.

“Apabila kembali, mereka mendapati kereta yang sedang dihidupkan enjin itu sudah terkunci dan kanak-kanak itu tertidur,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa dan orang awam cuba memanggil dan mengejutkan Latifah Umairah  namun  kanak-kanak itu tidak sedar menyebabkan mereka bertindak menghubungi bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa dalam tempoh kira-kira lima minit dengan menggunakan peralatan khas.  

Katanya, Latifah Umairah dipercayai ditinggalkan dan terperangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit dan operasi menyelamatkan kanak-kanak itu ditamatkan pada jam 10.22 malam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lapan didenda akibat memandu ketika mabuk
Next: 58 pemandu mabuk ditahan sejak awal Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.