Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak seronok jadi ‘anggota bomba’
  • WILAYAH

Kanak-kanak seronok jadi ‘anggota bomba’

Utusan Sarawak 2 years ago

SERONOK... Kanak-kanak Tadika Sinar Pelangi belajar mengendalikan hos bomba.

SARIKEI: Seramai 30 kanak-kanak dan tiga guru pengiring dari Tadika Sinar Pelangi mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei.

Yang lebih menyeronokkan ialah kanak-kanak ini mengenakan pakaian celoreng dan jaket bomba.

Ketua BBP Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, turut diadakan demonstrasi pertunjukan ‘menakik turun’ dari anggota bomba yang bertugas.

“Mereka juga dibawa menaiki jentera dan seterusnya melakukan demonstrasi pemadaman kebakaran oleh kanak-kanak yang terlibat.

BOMBA CILIK… Terpancar kegembiraan di wajah bomba cilik ketika menaiki jentera bomba.

“Di akhir aktiviti, majlis ringkas diadakan bagi menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih dan sokongan diatas lawatan ke balai bomba kepada guru pengiring terlibat yang disampaikan oleh Pegawai Operasi Balai, PBK I Hasman Bakar,” katanya.

Lawatan itu diadakan pada pagi semalam bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

SERONOK… Kanak-kanak Tadika Sinar Pelangi belajar mengendalikan hos bomba.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan taklimat pengenalan Jabatan, Kesedaran Keselamatan Kebakaran, taklimat Berhenti Rebah dan Guling serta Latihan Tatacara Pengendalian Alat Pemadam Api.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Saberkas Taman Bintang anjur pertandingan futsal
Next: PUSAKA fokus pelaburan, pemprosesan makanan di Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.