Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak lelaki lemas terjatuh ke dalam parit di Bintulu
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak lelaki lemas terjatuh ke dalam parit di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago

ANGGOTA bomba melakukan operasi pencarian untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas di Jalan Sebaru, Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru, di sini, malam tadi.

Mangsa, dikenali sebagai Ricky Peter Bandang, ditemui kira-kira dua meter dari lokasi pakaian yang dijumpai oleh pasukan penyelamat sekitar 9.30 malam.

ANGGOTA bomba mengangkat mayat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemui lemas di dalam parit di Jalan Sebaru, Bintulu

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan menjalankan pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air sebelum menemui mangsa.

PIHAK KKM membuat pemeriksaan ke atas mayat mangsa lemas sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 10.07 malam.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat cedera, kereta terbabas langgar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang
Next: Lima maut helikopter terhempas ketika misi menyelamat di Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.