Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kanak-kanak 12 tahun maut digigit jerung di Australia
  • GLOBAL

Kanak-kanak 12 tahun maut digigit jerung di Australia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PAPAN tanda penutupan sementara pantai susulan penampakan jerung kelihatan di Pantai North Steyne, Manly, di Sydney, New South Wales pada 19 Januari 2026. Foto AFP

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut akibat kecederaan selepas digigit jerung di Pelabuhan Sydney, Australia, menurut kenyataan keluarganya.

Ibu bapa mangsa, Nico Antic, memaklumkan bahawa anak mereka meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang seekor jerung besar minggu lalu ketika dia dan rakan-rakannya terjun ke dalam air.

“Kami amat sedih untuk memaklumkan bahawa anak kami, Nico, telah meninggal dunia,” kata Lorena dan Juan Antic dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian, mangsa dan rakan-rakannya dilaporkan sedang melompat ke dalam air dari sebuah batu setinggi enam meter di kawasan pinggir timur Sydney, Vaucluse.

Menurut polis, hujan lebat sebelum kejadian menyebabkan air larian mengalir ke pelabuhan, sekali gus menjadikan air keruh.

Antic mengalami pendarahan teruk sebelum dibawa ke dalam bot polis dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Nico merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, peramah dan aktif bersukan, dengan jiwa yang baik serta pemurah. Dia sentiasa penuh keceriaan dan itulah kenangan yang akan kami simpan,” kata ibu bapanya.

Serangan jerung di Sydney yang meragut nyawa Antic merupakan satu daripada empat insiden serangan jerung yang direkodkan dalam tempoh dua hari, sekali gus mendorong pihak berkuasa menutup puluhan pantai di bandar itu.

Ia juga merupakan kematian ketiga berkaitan serangan jerung yang berlaku di Sydney sejak kebelakangan ini.

Pada September lalu, seorang peluncur ombak, Mercury Psillakis, maut diserang jerung putih besar di sebuah pantai popular di utara Sydney.

Dua bulan kemudian, seekor jerung lembu membunuh seorang wanita yang sedang berenang di sebuah pantai terpencil di utara Sydney.

Saintis Australia percaya perairan yang semakin sesak serta peningkatan suhu laut mempengaruhi corak migrasi jerung, yang mungkin menyumbang kepada peningkatan kes serangan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Keluarga mangsa nahas pesawat Indonesia dijamin terima bayaran insurans
Next: Lima maut, 10 cedera dalam  letupan di majlis perkahwinan di barat laut Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.