Kanada: 3 pelombong terperangkap bawah tanah selepas kemalangan di British Columbia

Facebook
WhatsApp
PEMANDANGAN udara tapak lombong Red Chris berhampiran Tasik Dease, British Columbia.

HAMILTON (Kanada): Tiga pelombong Kanada terperangkap di bawah tanah selepas satu kemalangan semalaman di sebuah lombong di wilayah British Columbia, menurut Ketua Menteri wilayah itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berdepan situasi yang agak mencemaskan di British Columbia sekarang,” kata David Eby dalam sidang media di Huntsville, Ontario, semasa penutupan mesyuarat musim panas tiga hari yang disertai pemimpin wilayah dan wilayah autonomi Kanada.

“Terdapat tiga pelombong yang sedang terperangkap di bawah tanah. Setakat yang kami tahu, mereka tidak cedera dan berada di kawasan perlindungan,” katanya sambil memaklumkan bahawa terdapat komunikasi awal dengan syarikat perlombongan tembaga dan emas Red Chris.

Eby berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan memuji pasukan penyelamat tempatan sebagai ‘luar biasa,’ sambil menambah bahawa mereka akan ‘bekerja keras untuk membawa para pekerja ini pulang dengan selamat kepada keluarga mereka.’

Dua daripada pelombong yang terperangkap berasal dari British Columbia manakala seorang lagi dari Ontario.– Bernama-Anadolu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara