Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kamus Inggeris Oxford tambah perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura dalam kemas kini terbaharu
  • GLOBAL

Kamus Inggeris Oxford tambah perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura dalam kemas kini terbaharu

Utusan Sarawak 6 hours ago
KAMUS Inggeris Oxford tambah perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura dalam kemas kini terbaharu. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kamus Inggeris Oxford menambah beberapa istilah daripada Bahasa Inggeris Malaysia dalam kemas kini terbaharunya, termasuk perkataan yang berasal daripada Bahasa Melayu dan dialek Bahasa Minnan (Hokkien), lapor Xinhua.

Kemas kini itu memuatkan 11 perkataan baharu daripada Bahasa Inggeris Malaysia atau Singapura, yang menonjolkan pengaruh bahasa serantau ini terhadap Bahasa Inggeris global, menurut penerbit kamus Oxford Languages dalam satu kenyataan pada Selasa.

Antara penambahan baharu ialah ‘agak-agak’, yang berfungsi sebagai kata nama dan kata kerja, merujuk kepada anggaran atau taksiran, paling kerap digunakan dalam konteks kaedah memasak tertentu, serta perkataan ‘boleh’, sebuah kata kerja tak transitif yang bermaksud mempunyai kuasa, kebolehan atau kapasiti untuk melakukan atau menangani sesuatu dengan jayanya.

Sumbangan Hokkien dalam kemas kini ini termasuk ‘jialat’, yang menggambarkan situasi sukar atau teruk. Asalnya ia juga membawa maksud sesuatu yang menyusahkan atau melelahkan.

Satu lagi perkataan pinjaman daripada Hokkien ialah ‘kaypoh’, yang merujuk kepada orang yang suka campur tangan urusan orang lain dan boleh berfungsi sebagai kata nama, kata sifat atau kata kerja.

Oxford Languages turut memaklumkan yang pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemas kini daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Afrika Selatan dan Ireland melalui nota pelepasan World English mereka. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April
Next: Presiden Filipina diberi kuasa darurat untuk kurangkan atau gantung cukai minyak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.