Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang.

Agensi Berita Arab Saudi melaporkan pada hari ini bahawa Kementerian Dalam Negeri memaklumkan langkah itu terpakai kepada pemegang semua jenis visa lawatan, termasuk visa Umrah, transit, dan visa keluar akhir.

Menurut laporan itu, pemegang visa yang visanya telah tamat tempoh bermula 25 Februari, boleh memilih untuk menyambung tempoh tinggal sehingga 18 April selepas membayar yuran mandatori melalui platform Absher atau meninggalkan negara itu serta-merta melalui pintu keluar antarabangsa tanpa perlu melakukan penyambungan tempoh, membayar yuran, atau denda lewat.

Kementerian itu turut menggesa semua pemegang visa yang terjejas supaya mematuhi arahan berkenaan dan meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan kerajaan itu.- Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara