Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Selantik Ili bina sekatan Covid-19
  • TEMPATAN

Kampung Selantik Ili bina sekatan Covid-19

Utusan Sarawak 4 years ago
KHUATIR…Penduduk Kampung Selantik Ili di Pantu, Sri Aman telah mendirikan semula sekatan buat kali kedua menuju penempatan mereka ekoran khabar angin mengenai penularan kes positif yang semakin serius.

PANTU: Khabar angin mengenai penularan pandemik Covid-19 yang kian serius di sekitar kawasan ini telah menyebabkan kampung-kampung di sini bertindak memperingkatkan tahap kewaspadaan mereka.

Tahap kewaspadaan tersebut boleh dilihat apabila Kampung Selantik Ili di sini bertindak mendirikan sekatan buat kali kedua di simpang jalan masuk menuju penempatan mereka kelmarin.

Tuai Rumahnya, Hearold Ernest ketika dihubungi berkata sekatan di simpang masuk menuju ke penempatan mereka buat pertama kalinya telah dilakukan ketika berlangsung perayaan Gawai Dayak lepas.

“Apabila kami mendengar semakin berlakunya kes jangkitan positif di kampung-kampung dan rumah panjang berdekatan maka kami akhirnya memutuskan untuk mendirikan sekatan buat kali kedua menuju ke kampung ini.

“Buat sementara waktu kami menggunakan tali untuk menghalang kemasukan orang luar. Selepas ini kami akan membina sekatan lebih baik agar orang luar tidak masuk sesuka hati ke penempatan kami pada waktu sukar ini,” kata beliau.

Hearold juga turut memberitahu bahawa penghuni kampung telah pun diperingat agar tidak menjemput orang luar untuk tujuan aktiviti sosial bagi mengurangkan risiko kemunculan kluster baharu.

“Kami akan mencuba sebaik mungkin untuk mengelak berlaku kemunculan kluster Covid-19 di Kampung Selantik Ili yang boleh menjurus kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini,” kata beliau.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Fahami sepenuhnya makna Malaysia Prihatin
Next: KM terima kunjungan IEM Cawangan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.