“Kami membesar bersama” – De la Fuente

Facebook
WhatsApp
EAST RUTHERFORD, NEW JERSEY - JULY 19: Luis de la Fuente, Head Coach of Spain, kisses the FIFA World Cup Winner’s Trophy after the team’s victory following the FIFA World Cup 2026 Final match between Spain and Argentina at New York New Jersey Stadium on July 19, 2026 in East Rutherford, New Jersey. Justin Setterfield/Getty Images/AFP (Photo by Justin Setterfield / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

EAST RUTHERFORD: Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, yang jelas sebak, meluahkan rasa bangga terhadap anak buahnya selepas mereka menghadiahkan gelaran Piala Dunia kedua dalam sejarah negara itu.

“Saya amat berbangga dengan generasi pemain ini yang telah membesar bersama dengan idea ini… mereka memberikan contoh sebuah kumpulan, sebuah keluarga,” katanya.

“Mereka ialah pemain yang memiliki bakat luar biasa. Bagi saya, menjadi satu penghormatan dapat menemani mereka sepanjang perjalanan ini.”

De la Fuente, yang turut membimbing Sepanyol menjulang kejuaraan Euro 2024, berkata kejayaan itu amat bermakna buat dirinya.

“Saya sangat tersentuh apabila mengenang kembali perjalanan kami. Kami telah memenangi segala-galanya dan itu sesuatu yang cukup indah.

“Mereka ialah generasi pemain yang menjadi kebanggaan Sepanyol. Bersama-sama, kami lebih kuat,” katanya.

Jurulatih berusia 65 tahun itu berkata beliau percaya Sepanyol sepatutnya dapat menamatkan perlawanan lebih awal sebelum jaringan Ferran Torres pada minit ke-106 memastikan kemenangan dalam final yang penuh mendebarkan.

Bagaimanapun, beliau memuji penjaga gol Argentina, Emiliano “Emi” Martinez, yang mempamerkan aksi cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting.

Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-93 sebelum perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

“Saya fikir perlawanan sepatutnya sudah diputuskan lebih awal. Beberapa aksi menyelamat hebat Dibu menghalang kami daripada menang lebih awal, tetapi ini ialah final Piala Dunia dan walaupun mereka bermain dengan 10 orang pada penghujung perlawanan, kami tetap perlu berjuang sehingga ke akhirnya,” kata De la Fuente. — AFP