Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kamala Harris terima pencalonan Presiden Parti Demokrat AS
  • GLOBAL

Kamala Harris terima pencalonan Presiden Parti Demokrat AS

Utusan Sarawak 10 months ago
KAMALA Harris.

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris memperoleh undian yang mencukupi dari perwakilan Demokrat bagi menjadi calon presiden parti itu, umum Pengerusi Jawatankuasa Nasional Demokrat, Jaime Harrison, semalam.

“Saya dengan bangga mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.

“Anda mengembalikan petisyen pencalonan dengan cepat. Anda menyuarakan pendapat anda dengan jelas. Kita tidak akan berpatah balik. Kita perlu menghantar Kamala Harris ke Rumah Putih.

“Anda menunjukkan dedikasi dan komitmen anda terhadap proses ini,” kata Harrison menerusi satu panggilan video, menurut beberapa media Amerika Syarikat.

Pengumuman ini dibuat sebelum Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) yang akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos, lapor Agensi Anadolu.

Harris memperoleh lebih 2,350 undian bagi pencalonan itu, kurang dua minggu selepas Biden menarik diri daripada pemilihan presiden 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Demokrat.

Pengundian maya DNC untuk 4,700 perwakilan bermula pada 9.00 pagi waktu tempatan kelmarin dan akan berakhir pada Isnin, 5 Ogos pada 6.00 petang. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Dalang serangan 9/11 setuju mengaku bersalah
Next: Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis olimpik 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.