Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM43.26 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.65 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, bank pusat akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion bagi tempoh tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM27.6 bilion.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, susut kemudiannya dipengaruhi aktiviti pemgambilan untung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.