Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar dividen 6.30 peratus bagi simpanan konvensional, simpanan shariah – KWSP
  • BISNES

Kadar dividen 6.30 peratus bagi simpanan konvensional, simpanan shariah – KWSP

Utusan Sarawak 2 months ago
KWSP umum kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

KUALA LUMPUR: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah RM73.24 bilion.

Beliau berkata bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM66.99 bilion yang direkodkan 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM diunjur terus rendah minggu depan
Next: Kiosk Kamek: Rasa autentik Sarawak di Utara Semenanjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.