Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Justin tempah tiket suku akhir Terbuka Australia
  • SUKAN

Justin tempah tiket suku akhir Terbuka Australia

Utusan Sarawak 4 hours ago
JUSTIN mara ke suku akhir selepas singkirkan Nhat Nguyen.

KUALA LUMPUR:  Pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh meneruskan cabaran ke suku akhir selepas menewaskan wakil Ireland Nhat Nguyen 21-17, 21-19 pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2026 di Sydney hari ini.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Olympic Boulevard, pemain berusia 22 tahun berkenaan dipaksa bekerja keras selama 55 minit untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Bekas juara remaja Asia itu bermula agak perlahan apabila ketinggalan 7-10 pada set pertama, namun berjaya bangkit untuk mengimbangi permainan sebelum mengutip mata penting bagi menamatkan set berkenaan dengan kemenangan 21-17.

Justin sekali lagi berdepan tentangan sengit daripada Nguyen pada set kedua dalam aksi yang menyaksikan kedua-dua pemain saling mengejar mata.

Pemain negara itu bagaimanapun tenang mengharungi detik-detik penting ketika kedudukan terikat 18-18 sebelum melengkapkan kemenangan 21-19.

Menanti Justin di suku akhir ialah pemain Indonesia Moh. Zaki Ubaidillah.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran berakhir selepas tiga pasangan negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing serta Loo Bing Kun-Noraqilah Maisarah Ramdan tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jurulatih Korea Selatan yakin dengan persediaan Piala Dunia pasukan
Next: Ketua IOC pantau cabaran Piala Dunia, persediaan untuk Olimpik LA28

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.