Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih Paraguay sifatkan pasukan ‘berjuang seperti singa’ walaupun tewas kepada Perancis
  • SUKAN

Jurulatih Paraguay sifatkan pasukan ‘berjuang seperti singa’ walaupun tewas kepada Perancis

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Jurulatih Paraguay, Gustavo Alfaro bertepuk tangan kepada peminat selepas kekalahan 0-1 semasa perlawanan Pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026 antara Paraguay dan Perancis di Stadium Philadelphia pada 4 Julai 2026 di Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP.

PHILADELPHIA: Jurulatih Paraguay, Gustavo Alfaro berkata pasukannya ‘berjuang seperti singa’ meskipun tewas 1-0 kepada Perancis dalam aksi Piala Dunia di Stadium Lincoln Financial, Philadelphia, sebentar tadi.

Alfaro menyifatkan perlawanan itu sebagai sengit apabila pasukannya berjaya menyukarkan rentak permainan Perancis, sebelum perbezaan ditentukan menerusi sepakan penalti yang disahkan bantuan video bantuan pengadil (VAR). Kylian Mbappé menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-70 untuk memastikan kemaraan Perancis ke suku akhir menentang Maghribi.

KETUA jurulatih Paraguay dari Argentina, Gustavo Alfaro bercakap dengan pemainnya pada rehat separuh masa kedua semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 Piala Dunia 2026 antara Paraguay dan Perancis di Stadium Philadelphia di Philadelphia pada 4 Julai 2026. Foto AFP.

Menurut Alfaro, pasukannya tidak bernasib baik walaupun berjaya melaksanakan taktikal yang mengganggu rentak permainan lawan. Beliau turut menyatakan kekecewaan apabila usaha keras mereka tidak membuahkan hasil, meskipun berjaya memberi cabaran kepada pasukan pilihan.

Paraguay, yang kembali ke pentas Piala Dunia selepas 16 tahun, menamatkan kempen dengan penuh emosi apabila tersingkir di peringkat 16 terbaik, namun Alfaro menegaskan pasukannya meninggalkan kejohanan dengan maruah dan pengalaman berharga. – AFP

Continue Reading

Previous: Maghribi ‘bukan lagi kejutan’ selepas mara ke suku akhir Piala Dunia – Jurulatih
Next: Terbuka Kanada 2026: Impian Zii Jia terkubur pada separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.