Jurulatih Mesir optimis mengenai kecederaan Salah

Facebook
WhatsApp
JURULATIH Mesir, Hossam Hassan berkata beliau optimis terhadap tahap kesihatan kapten pasukannya, Mohamed Salah. Foto AFP

SEATTLE, Amerika Syarikat: Jurulatih Mesir, Hossam Hassan berkata beliau optimis terhadap tahap kesihatan Mohamed Salah walaupun penyerang bintang itu terpaksa dikeluarkan pada babak kedua ketika perlawanan seri 1-1 Piala Dunia menentang Iran.

Keputusan itu menyaksikan Mesir layak ke pusingan kalah mati 32 pasukan di Piala Dunia selepas menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan G.

Namun, Salah terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-57 apabila dilihat meletakkan pek ais pada paha kirinya.

“Doktor akan menulis laporan apabila kami kembali ke hotel dan akan melakukan pemeriksaan kedua. Saya sudah bercakap dengan Salah dan, insya-Allah, kecederaan itu tidak kelihatan serius,” kata Hassan.

“Saya bercakap dengan Salah dan dia meyakinkan saya bahawa semuanya akan baik, bahawa ia bukan kecederaan serius.”

Mesir akan menentang Australia di Dallas pada awal pagi 4 Julai (waktu Malaysia) bagi merebut tempat ke pusingan 16 terbaik. – AFP

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas