Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir semakin kurang, 47 PPS masih dibuka
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir semakin kurang, 47 PPS masih dibuka

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan di Tatau semalam.

KUCHING: Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak terus berkurangan dengan seramai 10,291 orang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 8.00 pagi ini.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah tersebut membabitkan 2,963 Ketua Isi Rumah (KIR).

Sebanyak 47 PPS masih beroperasi di 23 daerah yang terjejas, manakala 32 PPS telah ditutup, semalam. 

Dalam pada itu, Bintulu masih mencatat jumlah tertinggi, dengan 4,922 orang daripada 1,498 KIR berlindung di lapan PPS.

Sementara itu, Bahagian Miri merekodkan bilangan PPS terbanyak yang masih dibuka, iaitu 13 buah, menempatkan 1,388 orang melibatkan 340 KIR.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Buku ‘The 365 Days in Astana’ kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Next: Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.