Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jumlah mangsa banjir di Lawas meningkat malam ini
  • Utara
  • WILAYAH

Jumlah mangsa banjir di Lawas meningkat malam ini

Utusan Sarawak 2 months ago
SEKITAR situasi di PPS Dewan Masyarakat Trusan, yang menempatkan 104 mangsa banjir daripada 22 keluarga, malam ini.

LAWAS: Sejumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Trusan meningkat kepada 104 orang daripada 22 keluarga, setakat 9.00 malam ini.

Timbalan Ketua Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Limbang, Nor Nadiah Abas turut turun padang bagi menyalurkan bantuan makanan kering dan makanan segera pada 9.00 malam.

NOR Nadiah Abas

Bersama lima kakitangan, mereka telah bertindak awal menghantar bantuan yang diperlukan oleh mangsa beragama Islam yang berbuka puasa dan akan bersahur.

“Alhamdulillah sebenarnya memang kami dah bersedia, sebab dijangkakan ada banjir dan kami sudah menyediakan stok,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak sebentar tadi.

Turut berada di lokasi ialah pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (Rela), Pejabat Daerah Trusan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan lain-lain agensi berkaitan.

Sementara itu, maklumat terkini memaklumkan jumlah mangsa akan terus meningkat berikutan paras air Sungai Trusan semakin naik.

Malah lori APM dan PDRM turut digerakkan bagi membawa mangsa banjir ke PPS Dewan Masyarakat Trusan.

Mangsa-mangsa banjir terdiri dari Kampung Senduyun Trusan, Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Masjid Trusan, Kampung Tengah Trusan, Kampung Balai Trusan, Kampung Gelapas Trusan, Long Tukon, Long Suang.

Oleh ADENG EDRUS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawas bakal nikmati bekalan air lebih stabil
Next: Terkini: Mangsa banjir di Trusan, Lawas terus meningkat, dua PPS baharu dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.