Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Juanda puji langkah tegas PBT tangani isu tunggakan hutang, cukai
  • SEMASA

Juanda puji langkah tegas PBT tangani isu tunggakan hutang, cukai

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Dr Juanda Jaya bersama Rahman Mohd Din, Wan Mohamad Wan Drahman serta tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama pada majlis perasmian Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. FotoHERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya memuji beberapa langkah tegas yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani isu kritikal mengenai tunggakan hutang dan cukai oleh pemilik bangunan serta kilang yang masih belum dilunaskan.

Juanda berkata, ini termasuk tindakan sitaan dan lelongan terhadap pemilik harta yang enggan melunaskan tunggakan mereka.

Beliau berkata, hutang ini yang sering dianggap remeh, sebaliknya memberi kesan kepada kemampuan PBT untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.

“Tunggakan bertahun-tahun ini juga menggugat usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan pengurusan kewangan yang cekap.

“Pendekatan ini wajar diteruskan kerana kita mahu rakyat memahami tanggungjawab mereka.

“Jangan hanya fikir hutang utiliti seperti elektrik akan dipotong jika tidak dibayar, tetapi hutang dengan PBT juga perlu dilihat dengan serius kerana ia mendukung pembangunan masyarakat,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Rahman Mohd Din, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman serta tetamu jemputan lain.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal program CIB sebagai pemantau, penentu kualiti projek PBT
Next: Hujan berterusan dijangka landa beberapa negeri bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.