Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Jualan kenderaan meningkat 52,800 unit
  • BISNES

Jualan kenderaan meningkat 52,800 unit

Utusan Sarawak 5 years ago

Cars For Sale Stock Lot Row. Car Dealer Inventory

Jumlah jualan pada September 2020 diunjurkan kekal pada angka yang direkodkan semasa Ogos 2020.

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan di Malaysia tinggi pada Ogos 2020 apabila meningkat 3.0 peratus kepada 52,800 unit daripada 51,148 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Menerusi kenyataan semalam, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jumlah jualan lebih tinggi itu didorong oleh kempen promosi yang berterusan oleh syarikat automotif.

MAA berkata, bagaimanapun jumlah jualan pada Ogos 2020 susut 8.0 peratus berbanding angka yang dicatatkan pada Julai 2020 berikutan tempoh bekerja lebih pendek pada bulan lepas susulan cuti umum.

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Julai 2020 juga tinggi susulan tempahan tertunggak dapat diselesaikan selepas pengumuman insentif pengecualian cukai jualan,” menurut MAA.

Persatuan itu berkata, pengeluaran meningkat kepada 50,228 unit pada Ogos 2020 daripada 47,000 unit pada Ogos tahun lepas.

Jumlah jualan pada September 2020 diunjurkan kekal pada angka yang direkodkan semasa Ogos 2020, disokong oleh kempen promosi berterusan.

“Selain itu sentimen pengguna kekal berhati-hati dengan tempoh moratorium akan berakhir pada 30 September 2020,” menurutnya.

– BernamaJumlah jualan pada September 2020 diunjurkan kekal pada angka yang direkodkan semasa Ogos 2020.

Continue Reading

Previous: Kerajaan komited wujudkan peluang ekonomi
Next: Industri minyak, gas alami era penggabungan mega

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.