Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jual ubat tanpa preskripsi, pekerja farmasi dijatuhi hukuman
  • JENAYAH

Jual ubat tanpa preskripsi, pekerja farmasi dijatuhi hukuman

Utusan Sarawak 2 years ago
Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh yang hanya dikenali sebagai Tang, 27, setelah mengaku bersalah menjual ubat yang mengandungi racun Prednisolone, yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 tanpa preskripsi yang sah dari pengamal perubatan berdaftar.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan terhadap seorang pekerja farmasi atas kesalahan menjual ubat yang mengandungi racun.

Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh yang hanya dikenali sebagai Tang, 27, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Tang didakwa menjual ubat yang mengandungi racun Prednisolone, yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 tanpa preskripsi yang sah dari pengamal perubatan berdaftar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah farmasi di Jalan Salim pada 19 Januari tahun lalu, sekitar 3.03 hingga 3.05 petang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melanggar Seksyen 21(1)(c) Akta Racun 1952 dan satu kesalahan di bawah Seksyen 13(b) dan dihukum mengikut Seksyen 32(2), Akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh hanya dibebaskan setelah membayar denda ditetapkan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Lokman Adam bebas tuduhan, wang jaminan RM20,000 dikembalikan
Next: Lelaki didenda RM12,000 miliki diesel tanpa permit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.