JTS bincang dengan CENTEXS tawar kursus juru ukur tanah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Isu kekurangan juru ukur tanah di Sarawak dijangka dapat diatasi menerusi usaha melatih lebih ramai juru ukur bertauliah di pusat latihan tempatan, khususnya Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan pihak pengurusan CENTEXS bagi melihat kesesuaian menawarkan kursus berkaitan.

PERKASA PENDIDIKAN…Awang Tengah menandatangani buku kunjungan perasmian Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES di Stadium Tertutup Lawas.

Menurutnya, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) ketika ini telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor dalam bidang penyukatan tanah.

“Buat masa ini, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mempunyai kerjasama dengan UiTM Johor bagi menjalankan kursus penyukatan tanah. Nanti saya akan berbincang dengan pihak pengurusan CENTEXS untuk melihat sama ada mereka boleh menawarkan kursus yang sama,” katanya kepada media selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES di Stadium Tertutup Lawas, petang Sabtu.

CENDERAMATA ISTIMEWA…Awang Tengah menerima cenderamata daripada pelajar kelas Pendidikan Khas SMK Lawas.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin; serta pegawai kanan Yayasan Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

49 pelajar cemerlang SPM SMK Pujut diraikan

MIRI: Kejayaan 49 pelajar SMK Pujut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mendapat pengiktirafan sebagai pembakar semangat