Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JPS terima 114 4WD untuk lancarkan operasi di Sarawak
  • SEMASA

JPS terima 114 4WD untuk lancarkan operasi di Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jabatan Pertanian akan menerima 114 pacuan empat roda (4WD) di seluruh Sarawak untuk melancarkan operasi jabatan tersebut.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom berkata, penyerahan 4WD daripada Unit Oentadan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu adalah pertama kali dilakukan dalam jumlah yang banyak.

Menurutnya, sebanyak 12 kabin berkembar diserahkan pada hari ini disusuli dengan 14 Fortuner, dan dua lagi kabin berkembar pada kemudiannya.

“Kita memerlukan lebih banyak 4WD kerana ramai pegawai-pegawai berada di kawasan luar bandar untuk meninjau semua bahagian di jalan yang kurang elok.

“Jadi yang penting kita sekarang sudah ada kenderaan yang dipakai, Kita gunakan sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan lebih baik” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selesai Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak di pekarangan Pejabat Pertanian Bahagian Kejuruteraan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa pada masa ini kerajaan negeri komited dalam memastikan setiap jalan raya di kawasan luar bandar dinaik taraf.

“Saya perhatikan dengan adanya perancangan kerajaan untuk membuat gelung atau jalan kepada kuasa-kuasa luar bandar, memanglah sangat perlu kita dapatkan logistik yang lebih baik,” ujarnya.

Katanya lagi, dengan adanya kemampanan logistik maka secara tidak langsun dapat membantu mengubah nasib petani-petani di negeri ini yang kebanyakkannya datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Tambah Rundi, perancangan terbesar kerajaan Sarawak adalah untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan menyasarkan rakyat khususnya golongan petani memperoleh pendapatan yang lumayan sekitar RM60,000 bagi setiap keluarga menjelang 2030.

“Oleh itu, kita perlu meningkatkan kebolehcapaian, logistik dan sebagainya termasuk telekomunikasi, api dan udara.

“Jadi dengan itu, kerajaan telah pun mula untuk tingkatkan penghantaran dalam bakalan air, bakal api dan juga liputan telekomunikasi dan sebagainya” katanya.

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Manfaat teknologi moden dalam persediaan hadapi kecemasan
Next: Kerajaan Sarawak mahu angkat martabat Jabatan Kehakiman Syariah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.