Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPM nafi keluarkan perintah larangan telefon pintar bagi remaja bawah 16 tahun
  • NASIONAL

JPM nafi keluarkan perintah larangan telefon pintar bagi remaja bawah 16 tahun

Utusan Sarawak 12 hours ago
PALSU…Dokumen larangan telefon pintar yang tular disahkan palsu oleh Jabatan Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan bahawa satu dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

JPM menjelaskan bahawa jabatan itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang dibangkitkan dalam dokumen berkenaan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, selain memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurut JPM, penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Rayuan haji 1447H/2026M mula dibuka 3 November ini – TH
Next: AI jadi senjata baharu PDRM perangi pengganas— Ayob Khan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.