JPM nafi keluarkan perintah larangan telefon pintar bagi remaja bawah 16 tahun

Facebook
WhatsApp
PALSU…Dokumen larangan telefon pintar yang tular disahkan palsu oleh Jabatan Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan bahawa satu dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

JPM menjelaskan bahawa jabatan itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang dibangkitkan dalam dokumen berkenaan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, selain memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurut JPM, penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Oleh Amanda L