Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ Sarawak nafi dokumen Permit Perjalanan Sementara, orang ramai diminta berwaspada
  • TEMPATAN

JPJ Sarawak nafi dokumen Permit Perjalanan Sementara, orang ramai diminta berwaspada

Utusan Sarawak 2 days ago
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menafikan sekeras-kerasnya kewujudan dokumen tular berkaitan Permit Perjalanan Sementara Untuk Tujuan Pemeriksaan Kenderaan yang memaparkan permintaan bayaran, sambil menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh JPJ Malaysia.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menafikan sekeras-kerasnya kewujudan dokumen tular berkaitan Permit Perjalanan Sementara Untuk Tujuan Pemeriksaan Kenderaan yang memaparkan permintaan bayaran, sambil menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh JPJ Malaysia.

JPJ Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran dokumen atau pernyataan palsu yang menggunakan nama, logo serta identiti jabatan bagi tujuan mengelirukan orang ramai.

Menurut kenyataan itu, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak membuat sebarang pembayaran berdasarkan dokumen yang meragukan tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak JPJ terlebih dahulu.

JPJ Sarawak turut menegaskan bahawa tiada sebarang permintaan bayaran dikenakan bagi tujuan pengeluaran permit perjalanan sementara seperti yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.

Sehubungan itu, semua urusan rasmi berkaitan JPJ hendaklah dilakukan menerusi saluran yang sah serta di pejabat-pejabat JPJ yang berautoriti.

Orang ramai yang menerima dokumen, mesej atau panggilan mencurigakan menggunakan nama JPJ diminta segera membuat semakan dengan pejabat JPJ berhampiran bagi mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima.

Sekiranya terdapat unsur penipuan atau permintaan bayaran yang meragukan, orang ramai disaran membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, JPJ Sarawak menggesa masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya serta sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi JPJ Malaysia dan JPJ Sarawak bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AirBorneo catat kemajuan lebih stabil selepas pesawat kembali beroperasi
Next: Jelajah Wira MADANI wajar diperluaskan, pupuk patriotisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.