Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ perkenal eTesting bermula April – Anthony Loke
  • NASIONAL

JPJ perkenal eTesting bermula April – Anthony Loke

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke bersama calon ujian memandu Muhammad Ridzwan Chum Abdullah menunjukkan lesen memandu digital pada sidang media sempena lawatan kerja pelaksanaan inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd, hari ini. FotoBERNAMA

HULU LANGAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) bermula April ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pelaksanaan sistem itu akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan manakala prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera. 

“Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian,” katanya selepas lawatan kerja ke institut memandu di sini sempena pelaksanaan inisatif eTesting.

Pembangunan sistem eTesting diumumkan pada 2022 dan JPJ sebelum ini telah mula menguji sistem berkenaan dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Loke berkata buat masa ini calon-calon ujian memandu diberi pilihan untuk sama ada menjalani ujian biasa atau eTesting sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada 2030.

Menurut Loke, walaupun institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon yang memilih untuk menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa sebarang kos tambahan.

Beliau berkata, calon hanya perlu membuat ujian ulangan melibatkan elemen yang gagal sahaja tanpa perlu mengulangi keseluruhan elemen ujian Bahagian II (seperti pelaksanaan ujian secara manual) selain akan diberi keutamaan dalam senarai tempahan ujian dan rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan.

Pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual selain meningkatkan integriti sistem ujian memandu, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik, katanya.

Ketika ini, terdapat tiga institut memandu yang telah bersedia dengan pelaksanaan sistem eTesting iaitu Institut Memandu Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi Sdn Bhd, Pulau Pinang.

“Kementerian Pengangkutan menggalakkan semua institut memandu menawarkan ujian memandu berasaskan eTesting. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada institut memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah eTesting,” katanya.

Dalam pada itu Loke berkata, kerajaan akan mula membenarkan institut memandu untuk membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis masing-masing untuk mengurangkan masa menunggu bagi calon ujian memandu.

Beliau berkata, ia akan membolehkan calon untuk mengambil ujian undang-undang berkomputer dan ujian litar di tempat yang sama, sekali gus memudahkan mereka.

“Namun, institut memandu yang berhasrat untuk membuka pusat ujian bagi mengendalikan ujian undang-undang berkomputer di premis mereka disyaratkan untuk juga menawarkan eTesting bagi ujian litar.

“Institut memandu boleh mula membuat permohonan bagi membuka Pusat Ujian KPP di premis mereka bermula April 2024. Institut memandu yang diluluskan akan diwajibkan untuk turut menyediakan sistem eTesting dalam tempoh satu tahun,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025
Next: Strategi baharu akan dirangka pastikan bakat TVET relevan – Steven Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.