
KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dengan menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Bandar Kuching, Samarahan, dan Serian, semalam.
Operasi ini dijalankan sebagai langkah berterusan untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna.

Sepanjang operasi, pelbagai jenis kenderaan perdagangan dan persendirian diperiksa.
Beberapa kesalahan dikesan, termasuk membawa muatan secara berbahaya, melanggar syarat permit LPKP, tiada lesen memandu sah, serta kesalahan lain berkaitan aspek teknikal kenderaan.

Semua tindakan sewajarnya telah diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
JPJ Kuching menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan, demi menjamin keselamatan jalan raya dan memastikan semua pengguna mematuhi undang-undang.