Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jonah tak sabar balik Sarikei, jenguk kebun dabai
  • TEMPATAN

Jonah tak sabar balik Sarikei, jenguk kebun dabai

Utusan Sarawak 9 months ago
JONAH meraikan kejayaannya dalam acara lontar peluru. FotoBERNAMA

KUCHING: Jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan mengakui tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Sarikei sebaik tamat tugasannya di Sukma Sarawak 2024 di sini.

Atlet berusia 21 tahun itu, berkata dia merindui kebun buah-buahan milik keluarganya yang dipenuhi tanaman seperti pokok durian, dabai, petai dan pisang.

Katanya, setiap kali berpeluang pulang ke kampung, dia pasti akan melakukan aktiviti berkebun yang juga dianggap salah satu cara untuk dia tenangkan fikiran selepas sibuk

menjalani latihan dan menyertai kejohanan.

“Selepas tamat SUKMA ini saya akan pulang ke kampung bercuti selama sebulan. Sudah lama saya tidak pulang kerana menjalani latihan dan sertai kejohanan. Setiap kali pulang, saya akan berkebun.

“Ibu bapa saya agak sibuk dengan tugasan mereka sebagai pengajar dan kadang-kadang ada kerja luar (oustation). Adik-adik saya pula masih bersekolah. Jadi, apabila pulang sayalah yang akan buat kerja-kerja kebun,” katanya seperti dilaporkan Arena Metro.

Semalam, Jonah menepati ramalan apabila memenangi pingat emas lontar peluru lelaki SUKMA Sarawak. Dia membuktikan statusnya selaku atlet terbaik Malaysia dalam acara itu apabila berjaya memecahkan rekod temasya dengan catatan 17.66 meter (m) pada aksi final di Stadium Sarawak.

Dia memperbaharui rekod temasya milik Adi Alifuddin dari Terengganu yang mencatat 17.31m ketika edisi 2010 di Melaka.

Jonah yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 18.46m akan beraksi dalam dua lagi acara pada SUKMA kali ini iaitu lempar cakera dan baling tukul besi.

Dia turut meletakkan sasaran untuk memenangi emas dalam kedua-dua acara berkenaan.

Continue Reading

Previous: Perkenal pelbagai program baharu, tingkatkan jumlah populasi negara
Next: Projek ubah perahu tambang guna motor elektrik, bateri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.