Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Jom belajar tanam Belalai Gajah
  • STAIL

Jom belajar tanam Belalai Gajah

Utusan Sarawak 5 years ago
NORMA John (kiri) dan Tu Chu Lee (kanan) semasa penyerahan tanaman Belalai Gajah kepada pihak sekolah.

Bagi memastikan para pelajar tidak terputus hubungan dengan alam semula jadi berikutan kawalan pergerakan akibat Covid-19, Aim Smart Academics Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Smart Reader® Worldwide Sdn Bhd mengilhamkan projek kebun ceria dengan mengajak kanak-kanak menanam spesies Belalai Gajah.

Dijayakan dengan kerjasama Sarawak Biodiversity Centre (SBC), tanaman yang mempunyai nilai perubatan ini diagihkan kepada 14 buah pra-sekolah di bawah jenama`Smart Reader Kids® di Kuching baru-baru ini.

SBC yang merupakan agensi penyelidikan negeri menyediakan tanaman yang mempunyai nama saintifik, Clinacanthus nutan itu kepada pihak sekolah, termasuk membantu di dalam aspek teknik penanaman dan perkebunan.

Menariknya, tanaman dilengkap dengan kod QR bagi membolehkan para pendidik, para pelajar dan ibu bapa untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang tumbuhan berkenaan melalui telefon pintar.

Menurut Pengurus Pembangunan Operasi dan Perniagaan Aim Smart Academics (Malaysia Timur), Norma John , projek seperti ini dapat menyemai perasaan cintakan alam semula jadi dalam kalangan pelajar, selain memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman bagaimana untuk menjaga tanaman.

“Kami percaya kami dapat meningkatkan kesedaran dan minat tentang sains dan alam semula jadi menerusi pendekatan dan medium berbeza untuk kanak-kanak,: kata beliau selepas menerima tanaman berkenaan daripada wakil SBC, Tu Chu Lee.

Tu Chu Lee yang bertindak sebagai Pegawai Penyelidikan Program Dokumentasi Ilmu Tradisional di SBS berkata, tanaman Belalai Gajah mudah dijaga dan ditanam dengan teknik potongan stem.

“Satu kajian menunjukkan tanaman ini tidak bertoksik dan selamat untuk ditanam oleh kanak-kanak dan dengan teknik potongan stem, ia akan tumbuh dengan lebih banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Norma memberi jaminan bahawa aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan pihaknya, maka penjarakan fizikal dilaksanakan dengan ketat dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat di dalam program ini.

Oleh Haini Darani

Continue Reading

Previous: Taman Awam Kubu Hose tarikan Marudi
Next: Pos Rider ‘sinari kehidupan’ 1,400 hilang pekerjaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.