Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jokowi ugut tukar menteri
  • GLOBAL

Jokowi ugut tukar menteri

Utusan Sarawak 5 years ago

Indonesia's President Joko Widodo attends the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Summit, held over video conference due to the COVID-19 coronavirus pandemic, from the presidential palace in Bogor, West Java on June 26, 2020. (Photo by SIGID KURNIAWAN / POOL / AFP)

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo. • Foto AFP

JAKARTA: Menteri dan agensi kerajaan yang dilihat tidak menunjukkan prestasi dalam usaha menangani wabak Covid-19 masing-masing berdepan kemungkinan digugur atau dibubarkan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menegaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Jun lalu dan rakaman video mengenainya hanya dikeluarkan Pejabat Presiden semalam.

Jokowi berkata, keadaan di mana kebanyakan menteri dan pegawai agensi kerajaan bekerja dalam keadaan normal ketika dunia berdepan penularan pandemik Covid-19 menjengkelkan beliau.

“Tidakkah anda mempunyai perasaan? Ini adalah krisis,” katanya yang dipetik daripada rakaman video berkenaan.

“Saya akan ambil langkah luar biasa demi 267 juta rakyat, demi negara. Boleh jadi bubarkan agensi, boleh juga rombakan, saya telah memikirkan segala-galanya,” katanya, sambil menambah bahawa dia juga mungkin akan mengeluarkan lebih banyak peraturan kecemasan jika diperlukan.

Kes jangkitan baharu di Indonesia terus meningkat ketika sekatan mula dilonggarkan dengan membenarkan beberapa sektor perniagaan dibuka awal bulan ini.

Dalam pada itu, kerajaan Jokowi juga berikrar akan membelanjakan sekitar AS$50 bilion (RM214.6 bilion) untuk kesihatan umum, perlindungan sosial dan langkah bantuan.

Sehingga kini, sebanyak 54,010 jangkitan dilaporkan di republik itu dengan 2,754 kematian iaitu tertinggi di Asia Tenggara. – AFP

Continue Reading

Previous: 14 hilang di laut Filipina
Next: Ancaman wabak selesema khinzir baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.