Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Johnson umum pelan pemulihan musim sejuk
  • GLOBAL

Johnson umum pelan pemulihan musim sejuk

Utusan Sarawak 4 years ago

FILE PHOTO: Britain's Prime Minister Boris Johnson looks on at a news conference inside the Downing Street Briefing Room in London, Britain July 12, 2021. Daniel Leal-Olivas/Pool via REUTERS/File Photo

JOHNSON ketika ini berdepan kritikan susulan pengumuman peningkatan cukai dalam usaha untuk membaikpulih krisis kesihatan dan sosial.• Foto AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan membentangkan pelan pemulihan Covid-19 bagi musim sejuk.

Antara pengumuman penting adalah pembatalan pengenalan pasport vaksin dan penamatan kuasa-kuasa kecemasan.

Johnson ketika ini berdepan kritikan susulan pengumuman peningkatan cukai dalam usaha untuk membaikpulih krisis kesihatan dan sosial.

Susulan itu, beliau dijangka akan mengumumkan pembatalan pengenalan pasport vaksin biarpun kes harian masih mencatatkan peningkatan.

Dalam satu temu bual, Menteri kesihatan, Sajid Javid menjangkakan tiada lagi sekatan yang akan diumumkan di England.

Tumpuan ketika ini terarah kepada vaksinasi dan ujian saringan dalam kalangan rakyat.

Malah difahamkan arahan ujian saringan PCR terhadap pengambara juga dijangka akan ditarik semula.

Javid turut menambah, kerajaan akan terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keputusan yang bakal diumumkan.-AFP

Continue Reading

Previous: PIA sambung semula operasi penerbangan
Next: Iraq terima lebih 100,000 vaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.