Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JMSK PMU sumbang 550 penghadang muka
  • TEMPATAN

JMSK PMU sumbang 550 penghadang muka

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… PMU dan delegasi merakam gambar di SK Mukah.

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk sekolah di bahagian ini.

Menurut Pengarahnya, Dullah Muluk, jalinan itu melalui kerjasama dalam mempertingkatkan prestasi sekolah yang terlibat.

“ Hubungan baik dan kerjasama  antara Institusi dengan sekolah amat dialukan demi untuk meningkatkan prestasi sekolah di Bahagian Mukah ini,” katanya.

Beliau menyatakan  kesediaan untuk bekerjasama itu  kerana mereka (PMU) mempunyai kepakaran dari segi teknikal atau tenaga kerja dalam pelbagai bidang.

“Kita bersedia membantu dalam apa sahaja dari segi teknikal atau tenaga kerja dalam pelbagai bidang kerana PMU mempunyai kemahiran tersendiri dari segi Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Matematik, Sains dan Komputer,” ujarnya.

Tambah Dullah, pihaknya tidak  ada halangan jika pihak sekolah memohon mereka untuk membantu serta memberi tunjuk ajar dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer kepada pelajar sekolah jika perlu.

Dia  berkata demikian pada majlis ringkas pengagihan  penghadang muka kepada sekolah dan tadika yang berlangsung  di Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah pada Khamis lalu.

Ia merupakan program Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , PMU( JMSK PMU).

Pada majlis tersebut, JMSK PMU menyerahkan sebanyak  550 penghadang muka kepada sekolah dan tadika yang terpilih.

“Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim  warga PMU bersama penduduk setempat serta kakitangan sektor awam di Mukah.

“Ia juga meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap penularan wabak Covid-19 serta membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli penghadang muka sebagai perlindungan diri dalam menghadapi wabak Covid-19,” kata Dullah.

Penerima-penerimanya SK Mukah, SK Agama Mukah, Tadika PASTI Al-Wafi Cawangan Mukah,   3Q MRC Cawangan Mukah, Taska S29 dan Taska Permata Kemas Politeknik Mukah.

Di samping itu, program tersebut juga diharapkan dapat menggalakkan staf JMSK PMU dalam memberi sumbangan dan inisiatif dari segi tenaga dan kewangan khas kepada komuniti setempat.

Program CSR JMSK merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan JMSK khususnya PMU kepada komuniti setempat negeri Sarawak.

Program ini adalah usaha JMSK untuk meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat setempat terhadap penularan wabak Covid-19 melalui penyerahan penghadang muka sebagai inisiatif perlindungan diri melalui sumbangan daripada staf JMSK sendiri.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PMU Iskandar Reduan,  Guru Besar SK Mukah, Burhanuddin Kaderi, Ketua JMSK, Mohammad Fardillah Wahi, Guru Besar SK Agama (MIS) Mukah, Mohd.Nazri  Mohtar, Guru Besar PASTI Al-Wafi Cawangan Mukah Mazalina Jali,  Guru Besar 3Q MRC Cawangan Mukah, Tiong Mee Chuo,  dan Pemaju Masyarakat Taska S29  Izzati Mahali.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Masih dibenarkan sambut ibadah korban
Next: ATM, PGA, Polis Marin, APMM jalin kerjasama Ops Benteng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.