Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak laksana pembaharuan, fokus AI dan XPDC pedalaman
  • TEMPATAN

JKR Sarawak laksana pembaharuan, fokus AI dan XPDC pedalaman

Utusan Sarawak 11 hours ago
AGENDA JKR…Cassidy (duduk tiga kiri) pada Perhimpunan Bulanan JKR Bahagian Limbang. 

LIMBANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menetapkan beberapa agenda utama, dalam memantapkan dan memodenkan jabatan itu di negeri ini.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Dr Cassidy Morris berkata, antara inisiatif utama ialah pembinaan Wisma JKR Sarawak setinggi 21 tingkat yang dijadualkan bermula pada hujung Disember ini.

“Agenda lain termasuk penubuhan unit kecerdasan buatan (AI) JKR Sarawak, selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, pelaksanaan ekspedisi pembangunan luar bandar (XPDC) di Bario dan Murum, serta kesediaan JKR membina Lapangan Terbang Baharu Kuching bagi menyokong operasi syarikat penerbangan Air Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan JKR Bahagian Limbang semalam.

Cassidy turut menggalakkan pegawai JKR menyertai seminar peringkat antarabangsa, menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi serta menyerap hasil penyelidikan dan projek pelajar ke dalam pembangunan jabatan.

Menurutnya, langkah ini penting untuk memastikan JKR Sarawak kekal segar, inovatif dan berdaya saing.

Beliau juga menekankan kepentingan publisiti media di peringkat bahagian sebagai medium untuk membina keyakinan masyarakat terhadap peranan dan keupayaan JKR.

“Aspek komunikasi berkesan amat penting bagi memudahkan masyarakat memahami pelaksanaan projek kerajaan yang dijalankan JKR,” tambahnya.

Sementara itu, Jurutera Bahagian JKR Limbang, Mahathir Jokeni memaklumkan sebanyak 23 projek pembangunan sedang berjalan di bahagian itu ketika ini, dengan tiada projek sakit dilaporkan.

Selain itu, sebanyak 118 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sedang diuruskan, dan kesemuanya dilaksanakan dengan mematuhi aspek amanah, ketelusan serta tanggungjawab.

“Ini penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan selamat, tahan lama dan menepati piawaian,” katanya.

Ketika ini, terdapat seramai 144 pegawai dan kakitangan JKR yang berkhidmat di Bahagian Limbang, iaitu 99 di Limbang dan 45 di Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal undang-undang baharu kawal sisa sawit di tanah NCR hujung tahun ini
Next: Kemena Pacific Hospital kini beroperasi di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.