Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKMS agih RM51 juta kepada penduduk memerlukan
  • TEMPATAN

JKMS agih RM51 juta kepada penduduk memerlukan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam Razi bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan kenangan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2025 di Dewan Serbaguna Selangau, hari ini. Foto: Adi Giman

SIBU: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan bantuan berjumlah lebih kurang RM51 juta kepada 21,604 orang penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak setakat April tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kerajaan melalui JKMS sentiasa berusaha menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada golongan sasar ataupun klien yang berkelayakan.

“Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban penerima tetapi juga sebagai tanda sokongan moral agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya semasa berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2025 di Dewan Serbaguna Selangau, hari ini.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, terdapat lapan kategori skim bantuan yang ada di Sarawak seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar/Pesakit Kronik, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan Belia Beliawanis.

“Bantuan ini kita ada ‘top up’ juga daripada kerajaan Sarawak, maknanya kerajaan Sarawak tidak bergantung sepenuhnya sumber peruntukan khusus daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Sarawak ‘top up’ bantuan-bantuan yang ada ini,” katanya.

Beliau menyeru ibu bapa dan juga ahli masyarakat supaya peka dengan skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini, terutama bagi yang ada anak-anak yang lahir tidak sempurna atau dikategorikan sebagai OKU.

“Pergi periksa di hospital dan dapatkan pengesahan daripada doktor pakar bahawa mereka ini adalah OKU. Maka boleh mohon kad OKU yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun melalui pejabat Kebajikan Masyarakat di setiap bahagian.

“Jangan diamkan ataupun jangan disenyapkan sahaja kalau ada ahli keluarga kita yang kategori OKU ini. Begitu juga ada yang OKU bukan secara semula jadi, maksudnya mereka pernah kemalangan dan tidak mampu lagi bekerja.

“Jadi, dapatkan pengesahan daripada doktor dan mohon kad OKU untuk melayakan mereka mendapatkan bantuan OKU ini,” katanya.

Menyentuh mengenai Majlis Sejambak Kasih Hari gawai 2025, Razi berkata JKMS telah melaksanakan pemberian wang sumbangan sebanyak RM100 dan hamper perayaan berjumlah RM80 kepada penerima bantuan sejak lebih daripada 20 tahun yang lepas.

Beliau juga memberitahu, tujuan pemberian sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan penerima bantuan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan yang akan diraikan. 

“Kita juga ingin meraikan golongan atau kumpulan sasar yang kurang berkemampuan bagi merasai suasana sesuatu perayaan, khususnya Gawai akan datang ini.  

“Dan juga yang pentingnya adalah untuk kita mengeratkan hubungan dan silaturahim antara pihak pelaksana ataupun agensi pelaksana seperti Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarawak bersama dengan penerima-penerima bantuan,” jelasnya.

Razi turut menasihati penerima-penerima bantuan agar manfaatkan bantuan yang diterima dengan bijaksana dan jadikan ia sebagai dorongan untuk berusaha memperbaiki taraf kehidupan.

“Semoga bantuan ini juga mengingatkan kita semua tentang pentingnya sikap bersyukur dan saling membantu. Meskipun cabaran hidup mungkin sukar, yakinlah bahawa setiap usaha yang kita lakukan dengan ikhlas akan membuahkan hasil.

“Bantuan yang diterima ini adalah hasil usaha kerajaan yang prihatin terhadap keperluan kita semua,” tambah beliau.

Turut hadir ialah ADUN Tamin Ir Christopher Gira Sambang.

Oleh Adi Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Gawai Dayak Stutong 2025 hidupkan semangat ‘gawai’ di Aeroville Mall
Next: Peranan masyarakat perkukuh usaha perangi dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.