Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JKDM nafi keluar notis tunggakan SST pelepasan dana pelaburan
  • NASIONAL

JKDM nafi keluar notis tunggakan SST pelepasan dana pelaburan

Utusan Sarawak 14 hours ago
JKDM nafi keluar notis tunggakan SST pelepasan dana pelaburan. Foto Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan mengeluarkan notis rasmi berhubung tunggakan cukai perkhidmatan (SST) bagi melepaskan dana pelaburan seperti yang tular baru-baru ini.

JKDM memaklumkan surat bertajuk ‘Notis Rasmi Tunggakan Caj Perkhidmatan (SST) 8 Peratus Dalam Pelaburan’ itu adalah cubaan penipuan yang menyalahgunakan nama serta logo rasmi jabatan berkenaan untuk memperdaya orang ramai supaya membuat pembayaran tidak sah.

“JKDM tidak pernah mengeluarkan surat tuntutan bayaran SST berkaitan pelepasan dana pelaburan seperti yang dinyatakan,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, JKDM mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan surat, panggilan atau mesej mencurigakan yang menggunakan nama jabatan berkenaan, selain menasihatkan supaya tidak membuat bayaran atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

Menurut JKDM, sebarang urusan rasmi hendaklah disemak melalui saluran rasmi jabatan berkenaan manakala pengesahan lanjut boleh dibuat menerusi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lima subsektor pembuatan dikenal pasti paling terkesan akibat krisis bekalan global – Akmal Nasrullah
Next: Pasport Malaysia baharu dikeluarkan 1 Jun – KP Imigresen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.