Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JHS gagalkan cubaan seludup kayu balak haram di Bintulu
  • JENAYAH

JHS gagalkan cubaan seludup kayu balak haram di Bintulu

Utusan Sarawak 2 weeks ago
LORI dump truck yang digunakan untuk menyeludup kayu balak haram menggunakan di sekitar
kawasan Kemena Industry Estate, Bintulu.

BINTULU: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berjaya menggagalkan cubaan lima lelaki untuk menyeludup kayu balak haram menggunakan lori dump truck di sekitar kawasan Kemena Industry Estate.

Serbuan itu dijalankan pada 25 April lalu, sekitar 8.20 malam semasa pegawai penguatkuasa JHS menjalankan tugasan pencegahan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan Kemena Industry Estate, Bintulu.

Menurut Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, semasa anggota JHS tiba, terdapat lima buah lori bersama muatan kayu balak haram pelbagai spesies dan saiz dan empat orang OKT warga tempatan lelaki dan seorang warga Indonesia lelaki telah ditahan dan diperiksa. 

“Pemeriksaan telah dibuat dan mendapati semua pemandu gagal mengemukakan dokumen pemilikan kayu yang sah dari JHS.

“Pihak kami merampas barangan termasuk lori bermuatan kayu balak haram yang dianggarkan nilai keseluruhan berjumlah RM275,000.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Pejabat Hutan Wilayah Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah beliau, kesemua pesalah berkenaan akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 96, Forests Ordinance, 2015 (Cap 71) atas kesalahan memiliki hasil hutan yang tidak sah disisi undang-undang.

Beliau turut menegaskan bahawa Jabatan Hutan Sarawak akan terus komited dalam membanteras sebarang bentuk penyeludupan kayu dan aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Teen girl alleges sexual harassment in car, Kuching police launch investigation
Next: Dua lelaki ditahan, dadah bernilai RM120,000 dirampas dalam serbuan serentak di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.